Khamis, 2 Oktober 2014

Erti Kehidupan

Assalamualaikum, 


Salam pagi jumaat yang penuh dengan keberkatan. Tajuk entry hari ni nampaknya agak berat. Tapi aku akan cuba kupaskan dengan cara santai. Agaknya layak ke aku yang masih remaja dan belum jauh lagi kaki melangkah dalam episod kehidupan mengupas isu ni? 

Apa yang aku faham kehidupan itu sesuatu yang kompleks dan ramai orang dewasa yang berharap untuk menjadi kanak-kanak semula yang bebas dari masalah hutang, kerjaya, percintaan dan perhubungan yang tidak jelas.

Dunia kanak-kanak itu polos dan jujur. Tapi kalau kita lihat di media, ada juga kanak-kanak zaman sekarang yang bertindak dan melakukan sesuatu yang di luar batasan seperti mencuri, bercinta di bangku sekolah rendah lagi, gangsterism dan berbagai lagi gejala sosial yang mengejutkan. Semuanya bermula dari didikan keluarga. Hadis Nabi SAW: “Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi ataupun majusi”.

Bagi aku kita tidak sendirian dalam kehidupan ini dan asalkan kita masih berada di dalam garisan yang benar, InsyaAllah perjalanan ini akan berjalan baik hingga ke penghujung usia. Berfikir sebelum bertindak dan jika kita telah terlanjur jauh di dalam kehidupan ini masih ada jalan keluar selagi ada kemahuan.

Mungkin kata-kata tidak semudah pengalaman hidup yang kita lalui, tapi bersabar dan ingatlah...


Itulah erti kehidupan dari pandangan mata aku..mungkin berbeza dari orang lain tapi aku percaya, tujuan kita sama akhirnya jika menyentuh soal kehidupan iaitu kembali kepada pencipta jika tersesat jalan.

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirrahim...salam perkenalan dari aku,Sweet heart yang baru nak berjinak-jinak menjadi penulis blog. Entry pertama yang masih kaku (hee...heee...heeee). Kita chill dengan layan lagu Ainan Tasneem sebagai salam perkenalan pertama.